Friday, December 18, 2009

Minda & Pergaulan

Posted by mautauka

sebenarnya minda kita berkait rapat dengan pergaulan kita. contohnya sekiranya kita bergaul dengan orang-orang yang berjaya, minda kita juga akan turut terpengaruh menjadi minda kaya dan sebaliknya jika pergaulan kita hanya terbatas dengan golongan yang tidak berjaya dan negatif, maka minda kita turut menjadi minda miskin dan negatif juga.

Jadi, sekiranya kita ingin berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain kerana mereka mempunyai minda kaya.

minda kaya di sini bukan bermaksud minda orang kaya, tetapi minda yang positif dan mengarah kepada tindakan yang membawa kejayaan.

secara tidak langsung minda kita juga akan turut menjadi minda kaya dan positif kerana sering berdampingan dengan orang-orang yang mempunyai minda kaya dan positif.

Sebab itulah orang-orang yang berjaya sering mendampingi golongan yang berjaya yang lain kerana ingin minda orang yang berjaya menjangkiti minda masing-masing.

Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka kita juga akan berfikiran seperti mereka dan akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi.

saranan saya dekatilah orang-orang berjaya dan kalau boleh libatkan rakan-rakan yang tidak berjaya ke dalam golongan orang-orang yang berjaya.

mana tahu, rakan-rakan yang mempunyai minda miskin akan terjangkit dan menjadi minda kaya!

Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan.

Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru dan kreatif terhadap peluang.

Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga setiap halangan tidak dilihat sebagai sesuatu yang besar kerana apa yang mereka fokus adalah peluang sedangkan Minda miskin pula fokus kepada halangan.

seringkali kita dengar orang yang berminda miskin menyebut "tak ada modal lah", "susahlah", "kalau gagal macam mana?", dan bermacam-macam lagi alasan.

tetapi orang yang berminda kaya akan menyebut mungkin kita boleh mula secara kecil-kecilan, "kita cuba buat dulu sambil belajar dan biarkan Allah yang menentukan keputusannya", "kalau berjaya apa yang aku nak sumbangkan pada masyarakat?" , dan macam-macam jawapan yang positif.

"Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih"


"Tiada sebab, tiada alasan, yang pasti peluang dimanfaatkan dengan sebaik mungkin"

fikirkan. dimanakah kedudukan minda kita?

Adakah kita mempunyai minda kaya atau kita mempunyai minda miskin?

(PS: lebih baik dekatkan diri dengan Allah sebab dia yang Maha Kaya, bukan setakat kaya balasanNya tapi redha dan rahmat)

8 comments:

insanfakir said...

minda kaya bagus tapi jangan sampai fikiran kapitalis...semua dirembat asal boleh mendatangkan wang. diberitakan ubat kanser dah di temui namun tidak diwar-warkan sebabnya kalau ubat kanser di temui dr tak de kerja, kimoterapi tutup, ubat-ubat tahan sakit tak laku dan banyak kerugian yang terjadi berbanding dengan hanya satu atau dua nyawa melayang dek kanser. itulah faham kapitalis. guru disuruh menangani para pelajar nakal dalam masa sama disogok dengan perkara-perkara kenakalan sebenarnya dengan niat kenapa kalau tak de mat rempit alat ganti tak laku, pomen tak de kerja, peniaga dadah rugi, kaunselor tak de kerja... kapitalis kata ini lebih merugikan berbanding kematian satu atau dua org mat rempit....so jangan sampai minda yang terlalu ingin kaya sehingga faham jadi kapitalis.

mautauka said...

betul. aku sokong 100%. jangan ikut fahaman kapitalis.

dan apa yang ingin aku ketengahkan boleh ditafsir dengan lebih luas lagi.

contohnya dalam bab beramal ibadat, biasanya orang yang minda miskin akan kata "susah la nak hafal ayat ni", "kalau bagi dekat orang, nanti kita nak makan apa?", "tak payah lah tolong, bukan dihargai pun",

tetapi orang yang berminda kaya akan kata "ni kalau selalu baca mudah la hafal", "bagi lah apa yang mampu, mungkin ada bahagian lain untuk kita", "tak kisah lah kalau orang tak hargai pun, yang penting Allah Ta'ala suka".

wallahu a'lam.

mautauka said...

sebenarnya Rasulullah adalah model terbaik manusia yang berminda kaya.

Gelojak_Jiwa said...

Nak jadi kaya? Senang je.. pastikan anda menceburi bidang perniagaan yang menguntungkan dan bersesuaian. Contoh adalah hartanah. Sesiapa yang ingin melabur dalam bidang hartanah, boleh menghubungi saya di talian 0139988980. Hasil dalam 6 bulan - 1 tahun. Modal besar namun keuntungannya pun besar sehingga 400%!

Jangan biarkan bangsa lain merompak hak milik anda! berubahlah dari minda miskin kepada minda kaya. Ayuh para sahabat,saya bukan ah long. saya gelojak jiwa cuma nak tolong.

fakir al banjari said...

kata orang

minda yang kecil berfikir tentang manusia
minda yang sederhana berfikir tentang peristiwa
minda yang besar berfikir tentang idea

hidup penuh masalah dan halangan tapi ia akan hilang seiring masa
peluang selalu datang, tapi minda yang kecil selalu tak sedar kerana asyik berfikir tentang manusia lain dan peristiwa dunia

orang yang tak mahu buat apa-apa kerana takut gagal telah sedia dalam kegagalan

jom jual penapis air Imtiyaaz

fakir al banjari said...

baik aku pi masukkan pamplet penapis air Imtiyaaz dalam peti surat.... dapat jual satu pun jadi la. kalau banyak lagi bagus

Oghang Ba Ado said...

MIND YOU YOUNG MAN... aku teringat watak Yuri dalam C&C Red Alert 2.. he he..

mautauka said...

youtube merupakan salah satu medium pemasaran yang agak berkesan.

gunakan peluang ni untuk pasarkan produk sahabat2.

ikut panduan ni.

1. kenalpasti masalah pengguna.
(cth: "sanggupkah anda berbelanja lebih untuk kesihatan anda?")
2. rangsang fikiran pengguna dengan bertanyakan soalan.
(cth : "berapakah yang anda perlu belanjakan sekiranya anda inginkan taraf kesihatan lebih baik?")
3. berikan fakta.
(cth: "tahukah anda ......... mengandungi.........yang boleh mengakibatkan ..........?")
4. buat tawaran yang menyentuh emosi pengguna.
(cth : mahukah anda mendapat ......... yang mempunyai kualiti yang sama dengan harga ........... sahaja iaitu anda menikmati 3 kali penjimatan?")
5. penutup paling penting.
(cth : "berminat SILA HUBUNGI ..............")

(PS: aku pun bukannya pandai sangat berniaga)

Post a Comment