Tuesday, December 15, 2009

motivasi yang paling penting

Posted by mautauka

motivasi merupakan satu elemen penting bagi manusia.

contohnya seorang guru perlu sentiasa bermotivasi dalam meneruskan kerja sebagai pendidik.

Seorang ibu yang bermotivasi akan terus bersemangat mendidik dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

persoalannya apakah yang selayaknya menjadi sumber motivasi buat seseorang?

ada orang kata pangkat, ganjaran, atau kedudukan merupakan motivasi bagi dirinya.


cuba lihat kisah ini.

pernah pada suatu masa di jepun. terjadi satu kejadian yang luar biasa.

seorang ibu yang mempunyai seorang anak kecil meninggalkan anaknya yang masih nyenyak tidur untuk ke kedai. sekembalinya dari kedai, didapati orang ramai berkumpul di bawah sambil melihat seorang budak sedang berdiri di beranda rumah di tingkat 7.

Terkejut si ibu apabila mendapati bahawa budak tersebut adalah anaknya. si ibu pun menjerit dan memberikan isyarat supaya anaknya jangan bergerak.

si anak yang terlihat ibunya menganggap ibu memanggilnya terus memanjat dan terjun untuk mendapati ibunya.

si ibu yang memakai kimono terus berlari dengan sekuat hati untuk menyambut anaknya.

alhamdulillah, si anak berjaya diselamatkan.

kejadian tersebut mendapat perhatian dan satu kajian telah dibuat di mana seorang pelari pecut dikehendaki menyambut satu patung yang sama berat dengan budak tersebut yang dilepaskan dari tingkat 7.

tetapi hasilnya walaupun atlit tersebut tidak memakai kimono, tetap tidak dapat menyambut patung tersebut.

sungguh luar biasa.

apakah yang menjadi sumber motivasi bagi si ibu?

adakah sumber motivasi yang sama boleh digunakan oleh kita juga? fikirkanlah.

26 comments:

Gelojak_Jiwa said...

sumber motivasi? Sahabat dan melihat wajah anak-anak muridku..

Gelojak_Jiwa said...

anak murid silat..

fakir al banjari said...

bini la .... bini

Oghang Ba Ado said...

musuh

mautauka said...

semuanya betul.

dan bagi aku motivasi yang baik ialah perasaan "cinta" atau "kasih sayang".

cinta atau kasih kepada ibu bapa, isteri atau anak-anak mendorong kita sanggup berkorban demi masa depan mereka.

cinta kepada agama mendorong kita menjadi berani mempertahankannya.

orang yang ada cinta sedaya upaya memanfaatkan peluang.

manakala orang yang tiada cinta sentiasa mencari sebab dan alasan.

fakir al banjari said...

wah, ni dah level tinggi ni

mautauka said...

Tuan Fakir.

ini juga adalah kurniaan Allah buat hambaNya.
dan aku hanya menukilkan kembali buat tatapan sahabat2.

mungkin ramai yang dah sedar pasal ni.

cuma tak diluahkan atau tak dikongsikan dengan orang lain.

wallahu a'lam.

Gelojak_Jiwa said...

Ya.. benar.. bagaimana dengan orang yang motivasinya musuh? cintakan musuh gak ke?

Atau orang ni berada dalam kategori 'orang aneh'?

fakir al banjari said...

motivasi berasal dari perkataan inggeris motivasion. gabungan perkataan motive dan action. action kerana ada motive. jika ada motif/tujuan maka akan ada aksi.

musuh sebagai motivasi bila motifnya tak mau musuh menang
isteri sebagai motivasi sebab nak bahagiakan isteri. macam ahli keluarga lain.
anak murid sebagai motivasi sebab sayang masa depan dia
glamour sebagai motivasi hingga orang sanggup buat apa sahaja

kisah di atas berkaitan dengan motivasi dan kecut perut

motifnya adalah nak selamatkan anak, maka dalam keadaan tu mak dia kecut perut
bila kecut perut kita boleh buat benda yang orang biasa tak boleh buat - lari selamatkan anak. ada oang boleh lompat tembok masa dikejar musuh, panjat pokok masa dikejar harimau, padahal biasa tak boleh buat pun. kecut perut la tu.

dalam lok 9 diajar cara kecutkan perut untuk dapat gerakan yang terbaik

apa aku merepek ni?

Oghang Ba Ado said...

fakir al banjari said...

"...musuh sebagai motivasi bila motifnya tak mau musuh menang"

..apabila ada ancaman, manusia secara outomatik akan rasa 'terancam' dan sentiasa berjuang untuk jadi lebih baik, lebih handal, lebih kuat..

...secara semulajadinya, naluri survival akan tersedar, dan mereka berjuang untuk terus hidup..

..bayangkan ninja-ninja di konoha yang takda musuh.. mereka akan berpuas hati dengan pencapaian diri yang tidak seberapa bukan?

fakir al banjari said...

tak mau musuh menang, maksudnya dia nak jaga diri dia... motifnya, selamatkan diri. beladiri.

ya betul, pasal tu bila kejadian 13 mei, tiba-tiba orang Melayu ada action, sebab ada motifnya yang tiba-tiba digoncang dari kesenangan dan tidur yang lena

insanfakir said...

apapun aku setuju ngan tuan mautuka sebabnya cinta dan kasih, khuatir cinta dan kasih diganggu gugat maka kita termotivasi untuk mengatasi musuh. takut orang kebas cinta kita sanggup berpantang maut sebelum ajal. sebagai contoh ada dua buah kedai orang melayu berniaga bersebelahan. A dan B. si A tengok semakin hari kedai B semakin laris, maka khuatir keuntungannya tergugat maka diguna-gunakan si B. maka si B pun sakit. si A cintakan keuntungan @ kekayaan dan B adalh musuhnya

kisah kedua Kedai A dan B masih bersebelahan. A tengok kedai B semakin maju. A beristighfar apabila ada lintasan agar dia guna-gunakan B. lantas bersabar. kenapa? sebab A nampak bukan B musuh tapi syaitan yang musuh mana CINTA dan KASIHnya? A melihat Allah sbg cintanya. maka A yang kedua ini yang amat beruntung.

Affiliate Shauki said...

best. best. percambahan ilmu.

Affiliate Shauki said...

tapi aku confius, apa yg jd motivasi mautauka pulun belajar silat. dalam keluarga aku dia sorang saja yang paling minat silat. la ni dok pulun beniaga pulak. jawab jangan tak jawab mautauka.

Oghang Ba Ado said...

insan fakir - itulah realiti kehidupan.. siapa makan dulu, kau mahupun aku?

A jahil kerana menyerang rakan sendiri - namun hasilnya nanti setelah evolusi, cuma yang gagah sahaja boleh meneruskan survival kelangsungan hidup..

B bangang kerana tidak dapat menerima realiti ganas kehidupan.. berapa ramai manusia yang tersenyum sambil tangan menikam perutnya? sepatutnya awal2 lagi dah diambilnya langkah pencegahan.. dah terkena baru terngadah! hidup sengsara perniagaan pun lingkup! kata Sun Tzi "jangan sesekali menganggap musuh tak akan menyerang sebaliknya kita kukuhkan pertahanan kita"..

Bukankah firman tuhan yang menyuruh kita menyediakan kelengkapan perang untuk menggerunkan musuh-musuh kamu? nampaknya Yahudi sahaja yang menurut firman tuhan..

fakir al banjari said...

semuanya adalah takdir Allah supaya kita berfikir dan merendah diri

insanfakir said...

oghang ba ado-kekadang kita rasa macam kita tuhan, kita selalu bergantung kepada usaha apakah nabi tidak pernah ambil langkah pencegahan sehinggakan baginda terkena sihir???? Orang yang kalah di dunia tidak semestinya kalah di akhirat, kita seringkali terikut-ikut dengan hukum karma buat baik balas baik, buat jahat balas jahat macam drama dalam tv cerita melayu...sebenarnya mana yang Allah redha sahaja yang akan dapat syurga Allah nak sampai makam redha sudah pasti akan diuji "apakah kamu sangka sudah beriman sedang kamu belum diuji?" so sapa yang nak dekat, cinta dan kasih dengan allah akan diuji....dengan kekayaan, anak pinak, perempuan, kerjaya dan lain-lain yang secara tak sengaja memutuskan semangat jihad....motivation down......tambah-tambah diuji dengan kesakitan sihir dan kegagalan perniagaan.

p/s: bila nak balik bagan

Gelojak_Jiwa said...

wah memang bernas pandangan korang semua! clap..clap..clap..Mm.. betul jugak kata OBA tu, 'tak kau, aku'.

fakir al banjari said...

OBA berjiwa tentera. kalau aku tak tembak, aku kena tembak

Oghang Ba Ado said...

insanfakir - aku tak rasa yang aku ni tuhan, aku berjuang sebab aku sentiasa ingat dan faham yang aku ini makhluk tuhan yang lemah, takda kekuatan dan sentiasa diancam, dan tak ada kuasa seperti tuhan yang boleh jadikan sesuatu dengan berkata KUN sahaja.. bolehkah roti masuk ke mulut tanpa disuap walaupun Dia dah tentukan itu rezeki kita pada hakikatnya?

dan aku bukan jabariah yang menadah sahaja apa yang terjadi dan kemudiannya letakkan segala 'kesalahan' pada tuhan, lalu berkata, "ah, tuhan dah takdirkan begini padaku"..

mereka yang duduk maqam redha buat apa nak berniaga kan? nak cari apa lagi?

jika ikhtiar (berjuang/berlawan) dikatakan qadariah, buktikan! tunjukkanlah CINTA mu itu ayuhai insanfakir, dihadapan tentera-tentera israel!

p/s: duk bagan lama dah.. awak je yang tak balik-balik..

fakir al banjari said...

orang makam redha sentiasa usaha sebab nak dapatkan redha Allah. Sebab Allah menilai usaha bukan hasil. Usaha mesti sedapat mungkin, muda-mudahan usaha tu dikira sebagai amal soleh. hasil usaha itu hak Allah.

Orang yang sentiasa ingat mati akan lebih kuat berusaha, sebab usaha la yang akan jadi amal.
kerana itu tugas Nabi adalah menyampakan dengan jelas. Hidayah urusan Allah. Jabariah, Qadariah mahupan sunnah bukan melihat sikit banyaknya usaha, tetapi iktiad di hati tentang usaha dan takdir Allah s.w.t.

Satu lagi, dalam menghurai kalimah "KUN". Ulama menyatakan ia bukan bermaksud Allah akan menyatakan "KUN" setiap kali mahu menjadikan sesuatu, tapi menunjukkan betapa mudahnya menjadikan sesuatu disisiNya. Allah tidak memerlukan apa-apa kerana Dia Maha Sempurna

mautauka said...

betul. 100% betul. walau DIA kata apa-apa pun jadi jugak kalau dah tu kehendak DIA.

nampaknya makin rumit.

masing-masing ada pegangan sendiri dan ada hujah yang menyokong pegangan masing-masing.

kita masih bersaudara walau segala-galanya tak sama kecuali siapa-siapa yang memusuhi ALLAH dan Muhammad dia musuh kita.

fakir al banjari said...

dalam contoh anafakir, tak dinyatakan B tidak berusaha dan bersedia dari guna-guna. mungkin dia dah usaha sedapat mungkin tapi Allah berikan juga dia sakit sebagai ujian. ujian berat dalam bentuk kejayaan kepada ujian ringan berbentuk sakit. mungkin.

maka tidak selayaknya OBA kata B bangang tanpa kajian mendalam dan berdasar andaian semata.

fakir al banjari said...

salah daa. insanfakir, bukan anafakir. tersasul sebab uk tengok buku Pulau Besar tulisan ana faqir

Oghang Ba Ado said...

he he he.. kekanda sasul bukan sebab baca nama ana fakir.. kekanda sasul sebab rindu hat bini.. lepas jumpak hilang la sasul.. he he he..

yancekaczmarek said...

Casinos Near Casinos & Casinos in WV - Mapyro
Casinos Near Casinos & 의정부 출장마사지 Casinos 충청남도 출장샵 · 2. Red Dog Casino: Best Overall Casino · 3. Wildhorse Casino: 논산 출장안마 Best Overall 태백 출장샵 Casino · 광명 출장안마 4.

Post a Comment