Saturday, December 19, 2009

Konsep Diri & kejayaan

Posted by mautauka

"Konsep Diri" merupakan satu istilah yang diguna untuk memperihalkan "anggapan pada diri" atau "penilaian terhadap diri sendiri".

biasanya seseorang akan cenderung memelihara konsep dirinya daripada perubahan dan akan memperkukuhkannya tidak kira sama ada konsep dirinya positif atau negatif.

contohnya seorang yang percaya dirinya pintar matematik semasa zaman kanak-kanak akan cuba mengekalkan konsep diri tersebut sepanjang hidup.

jadi sebagai ibu bapa, atau guru kita harus memupuk konsep diri yang positif kepada anak-anak atau murid kita dan sentiasa memberi maklum balas positif berkenaan bakat dan kebolehan mereka.

perkara tersebut telah diajar oleh Rasulullah di mana baginda melarang seseorang memanggil individu lain dengan menggunakan panggilan yang berunsur negatif.

cuba kita lihat seseorang yang digelar aneh akan cenderung mengekalkan konsep diri aneh kerana percaya dirinya aneh dan cuba memperkukuhkan kepercayaan tersebut dengan membuat perkara-perkara aneh.

orang yang ada konsep diri pemberontak akan cuba mengekalkannya dan akan meletakkan dirinya sebagai pemberontak secara berterusan.

orang yang mempunyai konsep diri pandai berniaga akan mengekalkan konsep diri tersebut sepanjang hayat dan mendorong dirinya menjadi peniaga atau usahawan.

jadi, kalau kita inginkan kejayaan, kita mesti ada konsep diri yang positif dan elakkan dari menafsirkan diri kita secara negatif.

(P/S: jangan anggap diri maksum(terpelihara dari dosa) sudahlah)

sumber rujukan: PSIKOLOGI ORANG BERJAYA (Ainon Mohd)

4 comments:

fakir al banjari said...

aku insan fakir.....

Oghang Ba Ado said...

aku memusuhi diriku....

Gelojak_Jiwa said...

aku pandai urus kewangan.

mautauka said...

aku begini adanya. baru tahu A B C, tapi nak kongsi dengan orang lain apa yang aku tahu.

Post a Comment