Thursday, October 22, 2009

jom kita sama-sama kira nombor asas

Posted by mautauka

Tarikh Lahir dikira sehingga hanya tinggal 1 angka sahaja, lihat contoh
pengiraan di bawah.

sekiranya lahir pada 22/01/1965

2 + 2 + 0 + 1 + 1 + 9 + 6 + 5 = 26

2 + 6

= 8

sekiranya lahir pada 29/10/1970

2 + 9 + 1 + 0 + 1 + 9 + 7 + 0 = 29

2 + 9

= 11

1 + 1

= 2


seterusnya rujuk huraian

Nombor 1

Anda mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Kemungkinan semasa alam persekolahan atau selepas anda dilantik menjadi ketua atau penolong atau dalam persatuan. Kemungkinan juga anda menolak perlantikan dalam jawatan tersebut.

Nombor 2
Anda punyai komunikasi atau penyampaian yang baik. Suara anda kedengaran lantang dan jelas. Mungkin juga anda susah atau malu nak mula bercakap namun apabila sudah mula anda kelihatan mesra.

Nombor 3
Pergerakan anda sangat cepat atau lain kata anda tidak suka bertangguh dalam sesuatu perkara.

Nombor 4
Anda suka merancang dan juga anda suka kepada ilmu pengetahuan.

Nombor 5
Anda seorang yang punyai prinsip sendiri. Contoh jika anda kata “A”, “A” lah jawapannya, jika “A”, “A”lah jawabnya. Atau anda tidak terus membuat keputusan serta merta dan anda akan fikir dahulu dan jawapan akan diberi kemudian.

Nombor 6
Anda mempunyai sifat kekeluargaan atau ambil berat tentang keluarga. Ini membuatkan anda bagus dalam perancangan kewangan.

Nombor 7
Anda punyai ramai kawan atau mudah mendapat penyokong. Ini membuatkan hidup anda nampak bertuah.

Nombor 8
Anda seorang yang bertanggungjawab sama ada terhadap keluarga atau kerjaya. Contoh dalam kerjaya atau persekolahan jika diberi tugas atau kerja rumah anda akan selesaikannya walaupun memakan masa.

Nombor 9
Anda suka mengejar kejayaan atau aset. Mungkin juga anda memikirkan perniagaan yang membawa keuntungan.