Sunday, December 20, 2009

Hanya 1 Pilihan (Merepek Ke?)

Posted by mautauka

masa berlalu dan dunia semakin maju. tetapi peradaban manusia semakin mundur.

lihat

GURU
dahulu, seorang guru dipandang tinggi dan disanjung oleh masyarakat, kini guru bukan sahaja kurang dihormati, malah dihina dan dikeji. Adakah semua ini salah masyarakat 100%.

sebenarnya guru zaman dahulu memilih untuk menjadi yang terbaik dalam masyarakat baik dari segi ekonomi, sahsiah dan keagamaan, dan juga interaksi sosial.

sekarang, walaupun masih wujud guru sebegini, tetapi masyarakat lebih nampak salah laku yang dibuat segelintir guru yang kurang menggunakan akal, tetapi lebih menggunakan emosi sehingga ada yang sanggup mencabul anak murid, terlibat dalam penyalahgunaan dadah, dan tidak kurang juga yang kurang berilmu dan bersikap sambil lewa dalam mendidik.

akhirnya penghormatan yang diberikan diganti dengan penghinaan.

siapa yang patut menentukan semua ini?

masyarakat atau individu itu sendiri?

hanya ada 1 pilihan

A. menjadi lebih baik
B. menjadi lebih buruk

* jawapan "di tengah-tengah" tidak diizinkan. haraaaaaaam

atau mungkin kita lebih cenderung menyalahkan masyarakat kerana "tidak bijak dalam pertimbangan", "tidak dapat menilai intan dan kaca", "yang buat salah hanya segelintir, kenapa semua perlu menanggung akibatnya", "lebih banyak lagi orang lain yang buat salah, tetapi kenapa kami yang orang nampak".

itulah fitnah akhir zaman

IMAM
dahulu seorang imam merupakan individu penting dalam masyarakat dan sepatutnya dihormati dan menjadi pemimpin masyarakat. Kini imam hanya sekadar menjadi imam solat di masjid, khatib yang membaca khutbah setiap jumaat atau hari raya, dan orang yang membacakan doa di majlis kenduri kesyukuran atau tahlil.

kenapa begini?

macam mana imam nak menjadi pemimpin kalau setakat membaca khutbah. sepatutnya memberi khutbah bukan setakat membaca khutbah. wajarkah sewaktu masyarakat menghadapi masalah keruntuhan akhlak, imam membaca khutbah "belilah barangan malaysia".

tak ke pelik.

mungkin masalah keruntuhan akhlak boleh diselesaikan dengan membeli barangan malaysia.

mungkin sebab nak jaga periuk nasi.

atau mungkin orang yang sepatutnya dan layak menjadi imam tidak dilantik hanya kerana beliau "TIDAK BODOH".

hanya 1 pilihan
A. BODOH (dapat jadi imam dan dapat elaun)
B. TIDAK BODOH (buat le kerja sendiri walaupun awak tu berilmu dan beriman)

(P/S: Mendaftarlah dengan kelab ALAM SUKMA kelolaan FAKIR AL-BANJARI)


3 comments:

fakir al banjari said...

dulu cikgu tak ramai macam sekarang, bila ramai, makin banyak karenahnya.

dulu tak banyak kerja yang lebih 'best' dari cikgu bagi orang Melayu, sekarang ni macam-macam kerja yang nak sebut pun dah tak reti.

dulu budak-budak belajar dari cikgu yang banyak, sikit-sikit dari lain. sekarang belajar dari cikgu banyak jugak, tapi belajar dari TV, radio, internet, majalah lagi la banyak. tak masuk yang belajar dari VCD bergambar lagi tu. macam-macam ada!

Gelojak_Jiwa said...

Betul tu, saya sokong! Mari kita jadi guru yang aktif dan berinovatif. Mari kita melibatkan diri dengan perniagaan hartanah. Keuntungan berganda-ganda! Pendapatan yang anda tidak pernah bayangkan!

Oghang Ba Ado said...

Kakitangan awam dikehendaki mendapatkan kebenaran dari ketua jabatan apabila menjalankan perniagaan di luar - alasan: supaya p&p tidak terganggu.. bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. hampeh!

Post a Comment