Wednesday, December 23, 2009

Tetamu Yang Tak Diundang & Diraikan

Posted by mautauka

satu istilah yang cukup biasa kita dengar atau kita ucap.

apabila ada "tetamu tak diundang", kita boleh memilih untuk menjemput dan meraikannya atau kita menolaknya dengan baik.

apa ingin saya ketengahkan adalah mengenai peluang dan inilah yang saya maksudkan sebagai tetamu tak diundang.


Peluang biasanya datang pada waktu kita tidak bersedia menerimanya.


manakala


Kejayaan datang setelah kita bersedia untuknya.


Pernahkah kita dengar atau lihat orang yang berusaha tanpa tujuan?


- Adakah seorang salik atau 'abid tidak pernah mengharapkan rahmat dan redha Allah?

- Adakah seorang pelajar tidak pernah mengharapkan kejayaan daripada usahanya yang bersungguh-sungguh?

- Adakah seorang pekerja tidak pernah mengharapkan sesuatu daripada pekerjaan yang dilakukannya?

- Adakah seseorang pencinta tidak pernah mengharap balasan kasih daripada kekasihnya?


semua soalan ini tidak perlu dijawab.


inilah lumrah kehidupan.


peluang tidak selalu datang.


tetapi apabila ia datang, tidak semua meraikannya dengan bersungguh-sungguh.

seperti "tetamu tak diundang".

(P/S: Aku pun selalu terlepas peluang)

4 comments:

Gelojak_Jiwa said...

Silalah buat macam rumah orang lain.. (ayat abang mautauka) huhuhuhu...

Oghang Ba Ado said...

Tetamu Tidak Diundang:

Definisi:

tetamu - mereka yang datang dengan cara beradab, memperkenalkan diri, menghulurkan salam dan senyuman mesra walaupun tak mengenali tuan rumah. bakal mendapat layanan elok dan sempurna.

tetamu yang tidak diundang - mereka yang bakal menerima penendang dan dihalau dari naik ke rumah, serta akan diperambat dengan parang panjang (cara orang ujung tanah), dan jika dapat (ditangkap oleh pemuda-pemuda kampung) akan 'dikroyok' (dibantai beramai-ramai, dengan izin orang-orang tua kampung), dan dihalau dari kampung dalam keadaan setengah mampus!..

heh heh heh heh heh...

mautauka said...

ni macam cerita "peristiwa di malam raya" yang menceritakan kisah seorang pemuda yang tersesat di satu kampung. dia bukan sahaja tidak disambut sebagai tetamu, malah diftnah oleh minah sewel yang dia tolong.

bukan saja kereta kompeni yang dibawak pemuda ni kena hentam, dia pun diligan penduduk kampung yang diketuai oleh seorang lelaki biol dengan keris pusaka di tangannya.

kesian..

Oghang Ba Ado said...

he he he.. cerita tu ye.. ada tengok.. sebuah kampung dalam perjalanan ke besut..

kampung sewel kot?

Post a Comment