Monday, January 18, 2010

syair PESANAN IBU

Posted by mautauka


Dengarlah anak ibu berpesan,
Lengkapkan diri dengan pelajaran,
Hanyalah itu jadi bekalan,
Untuk hidup di masa depan.

Ilmu itu pelindung diri,
Seperti kebun berpagar duri,
Seperti sinar intan baiduri,
Itulah tanda orang jauhari.

Hidupmu kini di masa remaja,
Bagaikan permata amat berharga,
Jangan jatuh ke lembah hina,
Nanti menyesal tidak berguna.

Kalau hidup terasa susah,
Sering berhadapan dengan masalah,
Hadapi dengan hati yang tabah,
Jangan cepat resah gelisah.

Syaitan menggoda bertambah gundah,
Jangan mengambil jalan yang mudah,
Jangan sekali mencuba dadah,
Kalau terjerat sesal tak sudah.

Jika masa sudah terbuang,
Perginya tidak akan berulang,
Di hari tua sesal mendatang,
Mengingatkan waktu yang telah hilang.

Dunia bagai lautan dalam,
Gelombang besar karangnya tajam,
Di situ banyak kapal tenggelam,
Ramailah insan yang telah karam.

Ingatlah wahai anakku sayang,
Tanah indah pusaka moyang,
Jangan terlepas ke tangan orang,
Sedangkan kita miskin terbuang.

Zurinah Hassan
Langit di Tangan, 1995.
Dewan Bahasa dan Pustaka

(P/S: syair ini aku ambik dari buku Antalogi Seuntai Kata untuk Dirasa. maklumlah cikgu BM)

8 comments:

Gelojak_Jiwa said...

uih,dasat cikgu bm nih! nanti saya nak amik syair inggeris la pulak!

Oghang Ba Ado said...

ee eeee.. zakiah ke tu?

mautauka said...

ya zakiah. saja letak gambar dia.

um. masyitah said...

salam
teringat masa ngajar antologi puisi ini
banyak nilai murni sebenarnya

fakir al banjari said...

zakiah ... zakiah

tak ingat lak lirik lagu 90-an ni

lagu anakku sazali ingat la

mautauka said...

betul tu kak. banyak nilai murni. rasa best pulak mengajar BM ni.

Gelojak_Jiwa said...

saya pu skarang rasa best plak ngajo BI ngan pendidikan seni!

Oghang Ba Ado said...

he he he.. to-morrow, to-morrow, and to-morrow...

Post a Comment