halangan minda merupakan satu kepercayaan salah yang diprogramkan dalam pemikiran separa sedar kita.
halangan minda adalah kekangan yang wujud tanpa kita sedari dan menjadi penghalang terbesar dalam kehidupan manusia.
satu contoh yang mudah halangan minda adalah orang melayu yang kurang berjaya dalam matematik.
semenjak mula mengenal angka, telah "tertanam dalam" satu tanggapan pada anak-anak melayu bahawa matematik itu susah.
semakin kerap istilah "matematik itu susah" disebut, maka semakin kuat halangan yang wujud dalam minda separa sedar.
sebab itulah sehingga kini kita dapati bukan sahaja ramai yang tidak lulus cemerlang dalam matematik, malahan yang gagal pun ramai.
sebenarnya minda separa sedar kita boleh diprogramkan dengan membuang atau mengurangkan perkataan-perkataan atau anggapan negatif dan gantikan dengan yang positif.
(P/S: hari ini aku jadi aktif, 3 post aku buat)
Raikan
-
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan
kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya.
Khamis 27 Mac, Majlis Khatam Al-Quran ...
1 week ago
6 comments:
tahniah. kemajuan. semakin banyak anda memberi, semakin banyak kami terima, semakin banyak dipulangkan kepada anda. maka semakin banyak manfaatnya
Abang mautauka boleh buka konsultan motivasi sendiri dah nih.
Abang mautauka boleh buka konsultan motivasi sendiri dah nih.
aku masih belum layak sebab kekurangan ilmu.
lagi pun ayat aku selalu tunggang langgang.
macam mana nak bagi motivasi kat orang. kalau nak mengajar silat boleh kot.
masih ada sisa ilmu yang tinggal.
tu pun kalau biar lama hanya setakat ingat saja tapi tak boleh nak tunjuk kat orang.
jadilah aku seperti kitab kungfu lama yang menyesatkan pelatih-pelatih kungfu.
Tu dia! memang ayat tunggang langgang tu la motivate saya dulu! hahaha!
Jangan risau,anda pasti boleh! wahaha!
Jangan ingat motivator kena pakai kot,kena ada janggut sejemput dan kena ayat best. janji sampai apa yang kita nak sampaikan..
Mungkin abang mautaka bole buka konsultan yang mengajar silat sambil motivasi! hahaha!
aku tengok bang mautauka, aku nampak pak andak majid..
gaya lebih kurang aja..
tu yang syok tu dok sekali..
Post a Comment