Monday, December 28, 2009

Ayyuhal Walad(Nasihat Kedua)

Posted by mautauka


Bagaimana Sepatutnya Kita Menerima Nasihat?


Wahai anakku yang tercinta,

Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya.

Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi (maksudnya mencari ilmu supaya mendapat gelaran rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia, kerana orang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu.

Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i'tiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah. Subhanallah, alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini.

Bukankah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu, kemudian ia tidak beramal dengan ilmu yang diketahuinya itu, nanti pada hari kiamat ia akan disoal dengan soalan yang lebih berat lagi daripada orang yang tidak mengetahui apa-apa.

Seperti yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w :

"orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat nanti ialah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya"

dan diriwayatkan daripada Imam Al Junaid Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu bahawa ada seorang yang telah bermimpi bertemu dengan beliau di waktu tidur selepas kematian beliau.

Lalu orang ini bertanya kepada Imam Al Junaid Al Baghdadi dengan katanya:

"apa khabar kamu wahai Abu Al Qasim (Imam Al Junaid Al Baghdadi)"

lalu Imam Al Junaid Al Baghdadi menjawab:

"sebenarnya telah hilang segala ilmu yang zahir dan juga telah hilang ilmu yang batin. dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam"

(P/S: Kitab ni ada dua versi iaitu dalam tulisan rumi dan tulisan jawi. Kalau nak yang versi bahasa arab pun ada. Boleh sambil-sambil belajar bahasa arab)

4 comments:

fakir al banjari said...

kata bijak pandai, orang yang tidak boleh dinasihat adalah orang yang tidak boleh dibantu

mautauka said...

setuju.

hanya Allah yang boleh bantu orang macam ni.

hebat sangkat ka orang macam ni?

hebat tak hebat memang Allah yang selalu bantu sapa2 pun.

cuma kadang2 melalui lukisan alam iaitu manusia.

Oghang Ba Ado said...

kami mohon bantuan.. aku yang dah ba ado ni pun masih tak kecukupan lagi.. heh heh heh..

Unknown said...

Apa maksud nasihat kedua ni

Post a Comment