Saturday, December 26, 2009

Ayyuhal Walad (Nasihat Pertama)

Posted by mautauka

Karangan : Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Terjemahan: Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi (Ahmad Fahmi ZamZam)

Waktu Itu Ialah Kehidupan

wahai anakku yang tercinta,

sebahagian daripada nasihat yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya ialah sabdanya baginda yang berbunyi:

Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah), maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka. Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

(P/S: Gambar tu aku design semula. Kalau Berminat dengan kitab ni cari la di mana2 kedai buku Islam. InsyaAllah kalau ada rezeki jumpa la)

3 comments:

fakir al banjari said...

IsyaAllah kalau aku jumpa, akan kbeli jika diizin.

ummu said...

alhamdulillah,TQ atas perkongsian ini

mautauka said...

inilah saja yang dapat d buat. nak tulis buku agama, tak layak sebab bukan ahlinya.

teringat satu nasihat:

"kalau tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semuanya".

inilah yang jadi penguat keinginan saya untuk terus berkongsi.

Post a Comment