Assalamualaikum.
Terlebih dahulu saya
memohon ampun dan maaf. Tujuan tulisan hari ini hanyalah sekadar menjawab
pertanyaan dari rakan-rakan yang berminat
dengan hasil tangan Pembuat/Tukang Tanjak. Tiada bermaksud menyentuh mana-mana
pihak yang giat memartabatkan Seni Melayu ini tanpa mengetepikan nilai-nilai
yang perlu ada berdasarkan ilmu bukan nafsu.
Hasil tangan Tukang
Tanjak MAHAL??? sedangkan kalau beli dekat sesetengah pembuat dari Bangladesh
atau India lebih murah sekali ganda.
Hendak pakai
Tanjak/Destar buatan Siapa?
Senang sahaja
jawapannya…
Anda sendiri memilih
buatan siapa yang hendak dijadikan Hiasan Kepala Anda.
Tukang Tanjak yang
mewarisi ilmu Tanjak atau Destar akan membuat Tanjak/Destar berdasarkan ilmu
dan bukan sekadar meniru.
Tanjak / Destar yang
dibuat berdasarkan ilmu dapat menyampaikan maksud tersurat dan tersirat secara
jelas dari karangan dan Simpulannya.
Manakala Hiasan kepala
lain (yang tidak layak dipanggil Tanjak) yang juga menggunakan karangan jenis
yang sama hasil meniru dan tidak menggunakan Simpulan yang betul tidak dapat
menyampaikan maksud pemakaiannya. Lebih malang lagi apabila Sang Peniru memberi
nama yang salah kepada karangan yang dibuat.
Biasanya bila dibuat
tanpa ilmu, hasilnya pun kurang kemas dan banyak bergantung kepada dawai untuk
membentuk karangan sedangkan Pembuat Tanjak sebenar tidak bergantung kepada dawai
untuk membentuk dan dibuat dengan sempurna mengikut aturan ilmu yang diwarisi.
wallahu a'lam.
0 comments:
Post a Comment