DESTAR - Panggilan UMUM bagi semua jenis Hiasan Kepala.
TANJAK - Hiasan kepala yang mempunyai tiga syarat iaitu TAPAK, SIMPULAN, dan KARANGAN.
TENGKOLOK - Hiasan kepala yang biasanya hanya ada KARANGAN, tetapi tidak menggunakan TAPAK atau SIMPULAN yang diiktiraf untuk melayakkannya dipanggil TANJAK.
wallahu a'lam.
Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusyuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi di sisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka bebas hidupnya.
- Dato’ A Samad Said -
(QS. Al Mulk, 67: 3-4)
Lengkapkan diri dengan pelajaran,
Hanyalah itu jadi bekalan,
Untuk hidup di masa depan.
Ilmu itu pelindung diri,
Seperti kebun berpagar duri,
Seperti sinar intan baiduri,
Itulah tanda orang jauhari.
Hidupmu kini di masa remaja,
Bagaikan permata amat berharga,
Jangan jatuh ke lembah hina,
Nanti menyesal tidak berguna.
Kalau hidup terasa susah,
Sering berhadapan dengan masalah,
Hadapi dengan hati yang tabah,
Jangan cepat resah gelisah.
Syaitan menggoda bertambah gundah,
Jangan mengambil jalan yang mudah,
Jangan sekali mencuba dadah,
Kalau terjerat sesal tak sudah.
Jika masa sudah terbuang,
Perginya tidak akan berulang,
Di hari tua sesal mendatang,
Mengingatkan waktu yang telah hilang.
Dunia bagai lautan dalam,
Gelombang besar karangnya tajam,
Di situ banyak kapal tenggelam,
Ramailah insan yang telah karam.
Ingatlah wahai anakku sayang,
Tanah indah pusaka moyang,
Jangan terlepas ke tangan orang,
Sedangkan kita miskin terbuang.
Zurinah Hassan
Langit di Tangan, 1995.
Dewan Bahasa dan Pustaka
(P/S: syair ini aku ambik dari buku Antalogi Seuntai Kata untuk Dirasa. maklumlah cikgu BM)

Istilah Kuasa Minda dan Law Of Attraction(Hukum Tarikan) merupakan istilah yang cukup popular pada masa kini dan masing-masing membincangkan perkara yang sama iaitu penggunaan Minda Separa Sedar(Subconcious Mind)
manakala

Semenjak dilahirkan, bakat meniru telah wujud dalam diri kita dan pelbagai perkara telah kita tiru tanpa kita sedari.
apabila kita memerhatikan sesuatu, minda sedar kita belajar dan merekod ke dalam minda separa sedar sehingga menghasilkan satu tabiat atau tingkahlaku.
sekiranya kita selalu perhati tingkahlaku yang baik, maka akan terhasillah tingkahlaku yang baik dan sebaliknya kalau kita selalu perhati tingkahlaku yang buruk, maka akan terhasillah tingkahlaku yang buruk.
contohnya orang yang selalu memerhatikan personaliti kesukaannya, sedikit sebanyak akan meniru dan bertingkahlaku seperti personaliti kesukaan yang diperhatikannya.
jadi sekiranya kita ingin berjaya kita perlu membiasakan diri kita memerhati dan meniru bagaimana orang yang berjaya mencipta kejayaannya.
(P/S: sebaik-baiknya perhatikan dan tirulah orang berjaya yang soleh dan berakhlak mulia dan jangan selalu sangat perhati artis-artis atau pemimpin-pemimpin yang hipokrit mencari syurga dunia di hati manusia.)

Bagaimana Sepatutnya Kita Menerima Nasihat?
Wahai anakku yang tercinta,
Seperti yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w :
Lalu orang ini bertanya kepada Imam Al Junaid Al Baghdadi dengan katanya:
lalu Imam Al Junaid Al Baghdadi menjawab:
Karangan : Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Terjemahan: Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi (Ahmad Fahmi ZamZam)
wahai anakku yang tercinta,
sebahagian daripada nasihat yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya ialah sabdanya baginda yang berbunyi:
Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah), maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka. Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.
(P/S: Gambar tu aku design semula. Kalau Berminat dengan kitab ni cari la di mana2 kedai buku Islam. InsyaAllah kalau ada rezeki jumpa la)
tengah hujan tak dak apa-apa nak buat.
sewaktu aku tengah kebuntuan mencari idea, mataku terarah memandang satu kitab yang telah lama aku dan sahabatku Rizal miliki iaitu kitab "Ayyuhal Walad" yang kami beli dengan harga 4 ringgit.
timbul idea untuk aku ketengahkan isi kitab ini buat tatapan sahabat-sahabat.
muqadimah
Bismillahirrahmanirrahim
wahai anakku yang tercinta dan kekasih yang mulia, semoga Allah Ta'ala memanjangkan umurmu dalam berbuat taat kepadanya dan semoga Allah Ta'ala memudahkan bagimu untuk mengikuti jalan para kekasihnya.
Ketahuilah olehmu bahawasanya apa jua cabang nasihat itu adalah berasal daripada sumber kenabian (maksud hadis Rasulullah s.a.w). Oleh kerana itu, apabila telah sampai kepadamu satu nasihat yang berpunca dari sumber ini, maka apa perlunya lagi engkau kepada nasihat saya. dan apabila masih belum sampai kepadamu suatu nasihat daripada sumber ini, maka sebenarnya ilmu apa yang telah engkau pelajari selama ini?.
bersambung...
kata bijak pandai
"Anak siapa pun dirimu, jika kau bermoral etika tinggi, dan berperilaku terpuji, kau tidak akan memerlukan nasab dalam hidupmu"
dan
"Boleh jadi kau temukan manusia yang compang-camping pakaiannya, namun di sebalik pakaian itu tersimpan hati yang jernih dan kemuliaan yang tinggi.
Sabda Rasulullah
"Pada hari kiamat kelak akan ada orang yang gemuk besar, namun di mata Allah dia lebih ringan daripada sayap seekor nyamuk" [Sahih al-Bukhari:4360, Sahih Muslim:4991]
satu gambar yang mungkin pernah kita lihat.tersirat makna mendalam bagi sebuah kehidupan kerana....
dalam kehidupan, setiap hari kita akan bertemu pelbagai bentuk pandangan yang mempunyai ciri serupa dengan gambar ini.
terpulang kepada kita bagaimana untuk mentafsirkannya.
sebenarnya kita boleh mengubah cara kita berfikir dengan mengubah cara kita melihat setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita.
kehidupan adalah kepercayaan.
halangan minda merupakan satu kepercayaan salah yang diprogramkan dalam pemikiran separa sedar kita.
halangan minda adalah kekangan yang wujud tanpa kita sedari dan menjadi penghalang terbesar dalam kehidupan manusia.
satu contoh yang mudah halangan minda adalah orang melayu yang kurang berjaya dalam matematik.
semenjak mula mengenal angka, telah "tertanam dalam" satu tanggapan pada anak-anak melayu bahawa matematik itu susah.
semakin kerap istilah "matematik itu susah" disebut, maka semakin kuat halangan yang wujud dalam minda separa sedar.
sebab itulah sehingga kini kita dapati bukan sahaja ramai yang tidak lulus cemerlang dalam matematik, malahan yang gagal pun ramai.
sebenarnya minda separa sedar kita boleh diprogramkan dengan membuang atau mengurangkan perkataan-perkataan atau anggapan negatif dan gantikan dengan yang positif.
(P/S: hari ini aku jadi aktif, 3 post aku buat)
- Bila wang dibelanjakan ke jalan yang benar.
- merasa seronok dengan pekerjaannya.
- tugasannya sentiasa diselesaikan dengan baik dan tidak tergantung.
- pekerjaannya disenangi oleh orang lain.
- sentiasa merasa cukup walaupun hasil yang diperolehi sedikit.
satu istilah yang cukup biasa kita dengar atau kita ucap.
apabila ada "tetamu tak diundang", kita boleh memilih untuk menjemput dan meraikannya atau kita menolaknya dengan baik.
apa ingin saya ketengahkan adalah mengenai peluang dan inilah yang saya maksudkan sebagai tetamu tak diundang.
Peluang biasanya datang pada waktu kita tidak bersedia menerimanya.
manakala
Kejayaan datang setelah kita bersedia untuknya.
Pernahkah kita dengar atau lihat orang yang berusaha tanpa tujuan?
- Adakah seorang salik atau 'abid tidak pernah mengharapkan rahmat dan redha Allah?
- Adakah seorang pelajar tidak pernah mengharapkan kejayaan daripada usahanya yang bersungguh-sungguh?
- Adakah seorang pekerja tidak pernah mengharapkan sesuatu daripada pekerjaan yang dilakukannya?
- Adakah seseorang pencinta tidak pernah mengharap balasan kasih daripada kekasihnya?
semua soalan ini tidak perlu dijawab.
inilah lumrah kehidupan.
peluang tidak selalu datang.
tetapi apabila ia datang, tidak semua meraikannya dengan bersungguh-sungguh.
seperti "tetamu tak diundang".
(P/S: Aku pun selalu terlepas peluang)
masa berlalu dan dunia semakin maju. tetapi peradaban manusia semakin mundur.
lihat
GURU
dahulu, seorang guru dipandang tinggi dan disanjung oleh masyarakat, kini guru bukan sahaja kurang dihormati, malah dihina dan dikeji. Adakah semua ini salah masyarakat 100%.
sebenarnya guru zaman dahulu memilih untuk menjadi yang terbaik dalam masyarakat baik dari segi ekonomi, sahsiah dan keagamaan, dan juga interaksi sosial.
sekarang, walaupun masih wujud guru sebegini, tetapi masyarakat lebih nampak salah laku yang dibuat segelintir guru yang kurang menggunakan akal, tetapi lebih menggunakan emosi sehingga ada yang sanggup mencabul anak murid, terlibat dalam penyalahgunaan dadah, dan tidak kurang juga yang kurang berilmu dan bersikap sambil lewa dalam mendidik.
akhirnya penghormatan yang diberikan diganti dengan penghinaan.
siapa yang patut menentukan semua ini?
masyarakat atau individu itu sendiri?
hanya ada 1 pilihan
A. menjadi lebih baik
B. menjadi lebih buruk
* jawapan "di tengah-tengah" tidak diizinkan. haraaaaaaam
atau mungkin kita lebih cenderung menyalahkan masyarakat kerana "tidak bijak dalam pertimbangan", "tidak dapat menilai intan dan kaca", "yang buat salah hanya segelintir, kenapa semua perlu menanggung akibatnya", "lebih banyak lagi orang lain yang buat salah, tetapi kenapa kami yang orang nampak".
itulah fitnah akhir zaman
IMAM
dahulu seorang imam merupakan individu penting dalam masyarakat dan sepatutnya dihormati dan menjadi pemimpin masyarakat. Kini imam hanya sekadar menjadi imam solat di masjid, khatib yang membaca khutbah setiap jumaat atau hari raya, dan orang yang membacakan doa di majlis kenduri kesyukuran atau tahlil.
kenapa begini?
macam mana imam nak menjadi pemimpin kalau setakat membaca khutbah. sepatutnya memberi khutbah bukan setakat membaca khutbah. wajarkah sewaktu masyarakat menghadapi masalah keruntuhan akhlak, imam membaca khutbah "belilah barangan malaysia".
tak ke pelik.
mungkin masalah keruntuhan akhlak boleh diselesaikan dengan membeli barangan malaysia.
mungkin sebab nak jaga periuk nasi.
atau mungkin orang yang sepatutnya dan layak menjadi imam tidak dilantik hanya kerana beliau "TIDAK BODOH".
hanya 1 pilihan
A. BODOH (dapat jadi imam dan dapat elaun)
B. TIDAK BODOH (buat le kerja sendiri walaupun awak tu berilmu dan beriman)
(P/S: Mendaftarlah dengan kelab ALAM SUKMA kelolaan FAKIR AL-BANJARI)
"Konsep Diri" merupakan satu istilah yang diguna untuk memperihalkan "anggapan pada diri" atau "penilaian terhadap diri sendiri".
biasanya seseorang akan cenderung memelihara konsep dirinya daripada perubahan dan akan memperkukuhkannya tidak kira sama ada konsep dirinya positif atau negatif.
contohnya seorang yang percaya dirinya pintar matematik semasa zaman kanak-kanak akan cuba mengekalkan konsep diri tersebut sepanjang hidup.
jadi sebagai ibu bapa, atau guru kita harus memupuk konsep diri yang positif kepada anak-anak atau murid kita dan sentiasa memberi maklum balas positif berkenaan bakat dan kebolehan mereka.
perkara tersebut telah diajar oleh Rasulullah di mana baginda melarang seseorang memanggil individu lain dengan menggunakan panggilan yang berunsur negatif.
cuba kita lihat seseorang yang digelar aneh akan cenderung mengekalkan konsep diri aneh kerana percaya dirinya aneh dan cuba memperkukuhkan kepercayaan tersebut dengan membuat perkara-perkara aneh.
orang yang ada konsep diri pemberontak akan cuba mengekalkannya dan akan meletakkan dirinya sebagai pemberontak secara berterusan.
orang yang mempunyai konsep diri pandai berniaga akan mengekalkan konsep diri tersebut sepanjang hayat dan mendorong dirinya menjadi peniaga atau usahawan.
jadi, kalau kita inginkan kejayaan, kita mesti ada konsep diri yang positif dan elakkan dari menafsirkan diri kita secara negatif.
(P/S: jangan anggap diri maksum(terpelihara dari dosa) sudahlah)
sumber rujukan: PSIKOLOGI ORANG BERJAYA (Ainon Mohd)
sebenarnya minda kita berkait rapat dengan pergaulan kita. contohnya sekiranya kita bergaul dengan orang-orang yang berjaya, minda kita juga akan turut terpengaruh menjadi minda kaya dan sebaliknya jika pergaulan kita hanya terbatas dengan golongan yang tidak berjaya dan negatif, maka minda kita turut menjadi minda miskin dan negatif juga.
Jadi, sekiranya kita ingin berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain kerana mereka mempunyai minda kaya.
minda kaya di sini bukan bermaksud minda orang kaya, tetapi minda yang positif dan mengarah kepada tindakan yang membawa kejayaan.
secara tidak langsung minda kita juga akan turut menjadi minda kaya dan positif kerana sering berdampingan dengan orang-orang yang mempunyai minda kaya dan positif.
Sebab itulah orang-orang yang berjaya sering mendampingi golongan yang berjaya yang lain kerana ingin minda orang yang berjaya menjangkiti minda masing-masing.
Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka kita juga akan berfikiran seperti mereka dan akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi.
saranan saya dekatilah orang-orang berjaya dan kalau boleh libatkan rakan-rakan yang tidak berjaya ke dalam golongan orang-orang yang berjaya.
mana tahu, rakan-rakan yang mempunyai minda miskin akan terjangkit dan menjadi minda kaya!
Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan.
Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru dan kreatif terhadap peluang.
Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga setiap halangan tidak dilihat sebagai sesuatu yang besar kerana apa yang mereka fokus adalah peluang sedangkan Minda miskin pula fokus kepada halangan.
seringkali kita dengar orang yang berminda miskin menyebut "tak ada modal lah", "susahlah", "kalau gagal macam mana?", dan bermacam-macam lagi alasan.
tetapi orang yang berminda kaya akan menyebut mungkin kita boleh mula secara kecil-kecilan, "kita cuba buat dulu sambil belajar dan biarkan Allah yang menentukan keputusannya", "kalau berjaya apa yang aku nak sumbangkan pada masyarakat?" , dan macam-macam jawapan yang positif.
"Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih"
"Tiada sebab, tiada alasan, yang pasti peluang dimanfaatkan dengan sebaik mungkin"
fikirkan. dimanakah kedudukan minda kita?
Adakah kita mempunyai minda kaya atau kita mempunyai minda miskin?
(PS: lebih baik dekatkan diri dengan Allah sebab dia yang Maha Kaya, bukan setakat kaya balasanNya tapi redha dan rahmat)
motivasi merupakan satu elemen penting bagi manusia.
contohnya seorang guru perlu sentiasa bermotivasi dalam meneruskan kerja sebagai pendidik.
Seorang ibu yang bermotivasi akan terus bersemangat mendidik dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang walaupun menghadapi pelbagai rintangan.
persoalannya apakah yang selayaknya menjadi sumber motivasi buat seseorang?
ada orang kata pangkat, ganjaran, atau kedudukan merupakan motivasi bagi dirinya.
cuba lihat kisah ini.
pernah pada suatu masa di jepun. terjadi satu kejadian yang luar biasa.
seorang ibu yang mempunyai seorang anak kecil meninggalkan anaknya yang masih nyenyak tidur untuk ke kedai. sekembalinya dari kedai, didapati orang ramai berkumpul di bawah sambil melihat seorang budak sedang berdiri di beranda rumah di tingkat 7.
Terkejut si ibu apabila mendapati bahawa budak tersebut adalah anaknya. si ibu pun menjerit dan memberikan isyarat supaya anaknya jangan bergerak.
si anak yang terlihat ibunya menganggap ibu memanggilnya terus memanjat dan terjun untuk mendapati ibunya.
si ibu yang memakai kimono terus berlari dengan sekuat hati untuk menyambut anaknya.
alhamdulillah, si anak berjaya diselamatkan.
kejadian tersebut mendapat perhatian dan satu kajian telah dibuat di mana seorang pelari pecut dikehendaki menyambut satu patung yang sama berat dengan budak tersebut yang dilepaskan dari tingkat 7.
tetapi hasilnya walaupun atlit tersebut tidak memakai kimono, tetap tidak dapat menyambut patung tersebut.
sungguh luar biasa.
apakah yang menjadi sumber motivasi bagi si ibu?
adakah sumber motivasi yang sama boleh digunakan oleh kita juga? fikirkanlah.





