Friday, August 21, 2015
Posted by mautauka



Assalamualaikum.

Terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf. Tujuan tulisan hari ini hanyalah sekadar menjawab pertanyaan dari rakan-rakan yang  berminat dengan hasil tangan Pembuat/Tukang Tanjak. Tiada bermaksud menyentuh mana-mana pihak yang giat memartabatkan Seni Melayu ini tanpa mengetepikan nilai-nilai yang perlu ada berdasarkan ilmu bukan nafsu.

Hasil tangan Tukang Tanjak MAHAL??? sedangkan kalau beli dekat sesetengah pembuat dari Bangladesh atau India lebih murah sekali ganda.

Hendak pakai Tanjak/Destar buatan Siapa?

Senang sahaja jawapannya…

Anda sendiri memilih buatan siapa yang hendak dijadikan Hiasan Kepala Anda.

Tukang Tanjak yang mewarisi ilmu Tanjak atau Destar akan membuat Tanjak/Destar berdasarkan ilmu dan bukan sekadar meniru.

Tanjak / Destar yang dibuat berdasarkan ilmu dapat menyampaikan maksud tersurat dan tersirat secara jelas dari karangan dan Simpulannya.

Manakala Hiasan kepala lain (yang tidak layak dipanggil Tanjak) yang juga menggunakan karangan jenis yang sama hasil meniru dan tidak menggunakan Simpulan yang betul tidak dapat menyampaikan maksud pemakaiannya. Lebih malang lagi apabila Sang Peniru memberi nama yang salah kepada karangan yang dibuat.

Biasanya bila dibuat tanpa ilmu, hasilnya pun kurang kemas dan banyak bergantung kepada dawai untuk membentuk karangan sedangkan Pembuat Tanjak sebenar tidak bergantung kepada dawai untuk membentuk dan dibuat dengan sempurna mengikut aturan ilmu yang diwarisi.

wallahu a'lam.

Tuesday, August 4, 2015
Posted by mautauka

DESTAR, TANJAK, TENGKOLOK

DESTAR - Panggilan UMUM bagi semua jenis Hiasan Kepala.

TANJAK - Hiasan kepala yang mempunyai tiga syarat iaitu TAPAK, SIMPULAN, dan KARANGAN.

TENGKOLOK - Hiasan kepala yang biasanya hanya ada KARANGAN, tetapi tidak menggunakan  TAPAK atau SIMPULAN yang diiktiraf untuk melayakkannya dipanggil TANJAK.

wallahu a'lam.

Wednesday, May 11, 2011

Bahasa Terindah (Dato' A. Samad Said)

Posted by mautauka

Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusyuk setiap ayatnya,

Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,

Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi di sisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan penuh baraqah,

Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka bebas hidupnya.

- Dato’ A Samad Said -

Monday, April 5, 2010

jasamu dikenang

Posted by mautauka


beliau merupakan salah seorang Gurulatih lama selain Cikgu Nordin dan Cikgu Kamari yang pernah mengajar guruku Cikgu Abdul Majid (Pak Andak) di Singapura.

cuba teka siapakah beliau?

Monday, February 8, 2010

Warna : Bukti Kesempurnaan Allah

Posted by mautauka




"Dialah yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat cacat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat ada kekurangan? Kemudian pandanglah sekali lagi, niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah."
(QS. Al Mulk, 67: 3-4)

Monday, January 18, 2010

syair PESANAN IBU

Posted by mautauka


Dengarlah anak ibu berpesan,
Lengkapkan diri dengan pelajaran,
Hanyalah itu jadi bekalan,
Untuk hidup di masa depan.

Ilmu itu pelindung diri,
Seperti kebun berpagar duri,
Seperti sinar intan baiduri,
Itulah tanda orang jauhari.

Hidupmu kini di masa remaja,
Bagaikan permata amat berharga,
Jangan jatuh ke lembah hina,
Nanti menyesal tidak berguna.

Kalau hidup terasa susah,
Sering berhadapan dengan masalah,
Hadapi dengan hati yang tabah,
Jangan cepat resah gelisah.

Syaitan menggoda bertambah gundah,
Jangan mengambil jalan yang mudah,
Jangan sekali mencuba dadah,
Kalau terjerat sesal tak sudah.

Jika masa sudah terbuang,
Perginya tidak akan berulang,
Di hari tua sesal mendatang,
Mengingatkan waktu yang telah hilang.

Dunia bagai lautan dalam,
Gelombang besar karangnya tajam,
Di situ banyak kapal tenggelam,
Ramailah insan yang telah karam.

Ingatlah wahai anakku sayang,
Tanah indah pusaka moyang,
Jangan terlepas ke tangan orang,
Sedangkan kita miskin terbuang.

Zurinah Hassan
Langit di Tangan, 1995.
Dewan Bahasa dan Pustaka

(P/S: syair ini aku ambik dari buku Antalogi Seuntai Kata untuk Dirasa. maklumlah cikgu BM)

Friday, January 1, 2010

Lampu Aladdin (Minda Separa Sedar)

Posted by mautauka


Istilah Kuasa Minda dan Law Of Attraction(Hukum Tarikan) merupakan istilah yang cukup popular pada masa kini dan masing-masing membincangkan perkara yang sama iaitu penggunaan Minda Separa Sedar(Subconcious Mind)

Minda Sedar berfungsi melalui pengawalan lima pancaindera yang berkaitan dengan dunia nyata iaitu penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan sentuhan.

manakala

Minda Separa Sedar pula bertugas mengawal aktiviti yang melibatkan perasaan, dan emosi tanpa kita sedar atau merasainya.

Minda Separa Sedar bertugas secara terlatih tanpa perlu berfikir.

Ia merekod pengalaman seumur hidup kita tanpa banyak bantahan tidak kira sama ada implikasinya baik atau buruk dan menerima setiap keputusan dan kesimpulan secara mutlak.

90% aktiviti mental dan kehidupan manusia dikuasai oleh minda separa sedar dan ia menjalankan aktiviti selama 24 jam sehari dan boleh diibaratkan sebagai "Lampu Aladdin".


Semenjak dilahirkan, bakat meniru telah wujud dalam diri kita dan pelbagai perkara telah kita tiru tanpa kita sedari.


apabila kita memerhatikan sesuatu, minda sedar kita belajar dan merekod ke dalam minda separa sedar sehingga menghasilkan satu tabiat atau tingkahlaku.

sekiranya kita selalu perhati tingkahlaku yang baik, maka akan terhasillah tingkahlaku yang baik dan sebaliknya kalau kita selalu perhati tingkahlaku yang buruk, maka akan terhasillah tingkahlaku yang buruk.

contohnya orang yang selalu memerhatikan personaliti kesukaannya, sedikit sebanyak akan meniru dan bertingkahlaku seperti personaliti kesukaan yang diperhatikannya.

jadi sekiranya kita ingin berjaya kita perlu membiasakan diri kita memerhati dan meniru bagaimana orang yang berjaya mencipta kejayaannya.

(P/S: sebaik-baiknya perhatikan dan tirulah orang berjaya yang soleh dan berakhlak mulia dan jangan selalu sangat perhati artis-artis atau pemimpin-pemimpin yang hipokrit mencari syurga dunia di hati manusia.)

Monday, December 28, 2009

Ayyuhal Walad(Nasihat Kedua)

Posted by mautauka


Bagaimana Sepatutnya Kita Menerima Nasihat?


Wahai anakku yang tercinta,

Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya.

Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi (maksudnya mencari ilmu supaya mendapat gelaran rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia, kerana orang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu.

Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i'tiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah. Subhanallah, alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini.

Bukankah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu, kemudian ia tidak beramal dengan ilmu yang diketahuinya itu, nanti pada hari kiamat ia akan disoal dengan soalan yang lebih berat lagi daripada orang yang tidak mengetahui apa-apa.

Seperti yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w :

"orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat nanti ialah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya"

dan diriwayatkan daripada Imam Al Junaid Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu bahawa ada seorang yang telah bermimpi bertemu dengan beliau di waktu tidur selepas kematian beliau.

Lalu orang ini bertanya kepada Imam Al Junaid Al Baghdadi dengan katanya:

"apa khabar kamu wahai Abu Al Qasim (Imam Al Junaid Al Baghdadi)"

lalu Imam Al Junaid Al Baghdadi menjawab:

"sebenarnya telah hilang segala ilmu yang zahir dan juga telah hilang ilmu yang batin. dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam"

(P/S: Kitab ni ada dua versi iaitu dalam tulisan rumi dan tulisan jawi. Kalau nak yang versi bahasa arab pun ada. Boleh sambil-sambil belajar bahasa arab)

Saturday, December 26, 2009

Ayyuhal Walad (Nasihat Pertama)

Posted by mautauka

Karangan : Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Terjemahan: Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi (Ahmad Fahmi ZamZam)

Waktu Itu Ialah Kehidupan

wahai anakku yang tercinta,

sebahagian daripada nasihat yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya ialah sabdanya baginda yang berbunyi:

Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah), maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka. Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

(P/S: Gambar tu aku design semula. Kalau Berminat dengan kitab ni cari la di mana2 kedai buku Islam. InsyaAllah kalau ada rezeki jumpa la)