Friday, August 21, 2015
Posted by mautauka



Assalamualaikum.

Terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf. Tujuan tulisan hari ini hanyalah sekadar menjawab pertanyaan dari rakan-rakan yang  berminat dengan hasil tangan Pembuat/Tukang Tanjak. Tiada bermaksud menyentuh mana-mana pihak yang giat memartabatkan Seni Melayu ini tanpa mengetepikan nilai-nilai yang perlu ada berdasarkan ilmu bukan nafsu.

Hasil tangan Tukang Tanjak MAHAL??? sedangkan kalau beli dekat sesetengah pembuat dari Bangladesh atau India lebih murah sekali ganda.

Hendak pakai Tanjak/Destar buatan Siapa?

Senang sahaja jawapannya…

Anda sendiri memilih buatan siapa yang hendak dijadikan Hiasan Kepala Anda.

Tukang Tanjak yang mewarisi ilmu Tanjak atau Destar akan membuat Tanjak/Destar berdasarkan ilmu dan bukan sekadar meniru.

Tanjak / Destar yang dibuat berdasarkan ilmu dapat menyampaikan maksud tersurat dan tersirat secara jelas dari karangan dan Simpulannya.

Manakala Hiasan kepala lain (yang tidak layak dipanggil Tanjak) yang juga menggunakan karangan jenis yang sama hasil meniru dan tidak menggunakan Simpulan yang betul tidak dapat menyampaikan maksud pemakaiannya. Lebih malang lagi apabila Sang Peniru memberi nama yang salah kepada karangan yang dibuat.

Biasanya bila dibuat tanpa ilmu, hasilnya pun kurang kemas dan banyak bergantung kepada dawai untuk membentuk karangan sedangkan Pembuat Tanjak sebenar tidak bergantung kepada dawai untuk membentuk dan dibuat dengan sempurna mengikut aturan ilmu yang diwarisi.

wallahu a'lam.

Tuesday, August 4, 2015
Posted by mautauka

DESTAR, TANJAK, TENGKOLOK

DESTAR - Panggilan UMUM bagi semua jenis Hiasan Kepala.

TANJAK - Hiasan kepala yang mempunyai tiga syarat iaitu TAPAK, SIMPULAN, dan KARANGAN.

TENGKOLOK - Hiasan kepala yang biasanya hanya ada KARANGAN, tetapi tidak menggunakan  TAPAK atau SIMPULAN yang diiktiraf untuk melayakkannya dipanggil TANJAK.

wallahu a'lam.