Monday, December 28, 2009

Ayyuhal Walad(Nasihat Kedua)

Posted by mautauka


Bagaimana Sepatutnya Kita Menerima Nasihat?


Wahai anakku yang tercinta,

Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya.

Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi (maksudnya mencari ilmu supaya mendapat gelaran rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia, kerana orang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu.

Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i'tiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah. Subhanallah, alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini.

Bukankah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu, kemudian ia tidak beramal dengan ilmu yang diketahuinya itu, nanti pada hari kiamat ia akan disoal dengan soalan yang lebih berat lagi daripada orang yang tidak mengetahui apa-apa.

Seperti yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w :

"orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat nanti ialah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya"

dan diriwayatkan daripada Imam Al Junaid Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu bahawa ada seorang yang telah bermimpi bertemu dengan beliau di waktu tidur selepas kematian beliau.

Lalu orang ini bertanya kepada Imam Al Junaid Al Baghdadi dengan katanya:

"apa khabar kamu wahai Abu Al Qasim (Imam Al Junaid Al Baghdadi)"

lalu Imam Al Junaid Al Baghdadi menjawab:

"sebenarnya telah hilang segala ilmu yang zahir dan juga telah hilang ilmu yang batin. dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam"

(P/S: Kitab ni ada dua versi iaitu dalam tulisan rumi dan tulisan jawi. Kalau nak yang versi bahasa arab pun ada. Boleh sambil-sambil belajar bahasa arab)

Saturday, December 26, 2009

Ayyuhal Walad (Nasihat Pertama)

Posted by mautauka

Karangan : Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Terjemahan: Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi (Ahmad Fahmi ZamZam)

Waktu Itu Ialah Kehidupan

wahai anakku yang tercinta,

sebahagian daripada nasihat yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya ialah sabdanya baginda yang berbunyi:

Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah), maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka. Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

(P/S: Gambar tu aku design semula. Kalau Berminat dengan kitab ni cari la di mana2 kedai buku Islam. InsyaAllah kalau ada rezeki jumpa la)

Friday, December 25, 2009

Ayyuhal Walad

Posted by mautauka

tengah hujan tak dak apa-apa nak buat.

sewaktu aku tengah kebuntuan mencari idea, mataku terarah memandang satu kitab yang telah lama aku dan sahabatku Rizal miliki iaitu kitab "Ayyuhal Walad" yang kami beli dengan harga 4 ringgit.

timbul idea untuk aku ketengahkan isi kitab ini buat tatapan sahabat-sahabat.



muqadimah

Bismillahirrahmanirrahim

wahai anakku yang tercinta dan kekasih yang mulia, semoga Allah Ta'ala memanjangkan umurmu dalam berbuat taat kepadanya dan semoga Allah Ta'ala memudahkan bagimu untuk mengikuti jalan para kekasihnya.

Ketahuilah olehmu bahawasanya apa jua cabang nasihat itu adalah berasal daripada sumber kenabian (maksud hadis Rasulullah s.a.w). Oleh kerana itu, apabila telah sampai kepadamu satu nasihat yang berpunca dari sumber ini, maka apa perlunya lagi engkau kepada nasihat saya. dan apabila masih belum sampai kepadamu suatu nasihat daripada sumber ini, maka sebenarnya ilmu apa yang telah engkau pelajari selama ini?.

bersambung...

Sekadar Renungan

Posted by mautauka

kata bijak pandai

"Anak siapa pun dirimu, jika kau bermoral etika tinggi, dan berperilaku terpuji, kau tidak akan memerlukan nasab dalam hidupmu"

dan

"Boleh jadi kau temukan manusia yang compang-camping pakaiannya, namun di sebalik pakaian itu tersimpan hati yang jernih dan kemuliaan yang tinggi.

Sabda Rasulullah

"Pada hari kiamat kelak akan ada orang yang gemuk besar, namun di mata Allah dia lebih ringan daripada sayap seekor nyamuk" [Sahih al-Bukhari:4360, Sahih Muslim:4991]

Thursday, December 24, 2009

Ilusi Optik (Kehidupan Adalah kepercayaan)

Posted by mautauka

satu gambar yang mungkin pernah kita lihat.

tersirat makna mendalam bagi sebuah kehidupan kerana....

dalam kehidupan, setiap hari kita akan bertemu pelbagai bentuk pandangan yang mempunyai ciri serupa dengan gambar ini.

terpulang kepada kita bagaimana untuk mentafsirkannya.

sebenarnya kita boleh mengubah cara kita berfikir dengan mengubah cara kita melihat setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita.

kehidupan adalah kepercayaan.





Wednesday, December 23, 2009

Halangan Minda

Posted by mautauka

halangan minda merupakan satu kepercayaan salah yang diprogramkan dalam pemikiran separa sedar kita.

halangan minda adalah kekangan yang wujud tanpa kita sedari dan menjadi penghalang terbesar dalam kehidupan manusia.

satu contoh yang mudah halangan minda adalah orang melayu yang kurang berjaya dalam matematik.

semenjak mula mengenal angka, telah "tertanam dalam" satu tanggapan pada anak-anak melayu bahawa matematik itu susah.

semakin kerap istilah "matematik itu susah" disebut, maka semakin kuat halangan yang wujud dalam minda separa sedar.

sebab itulah sehingga kini kita dapati bukan sahaja ramai yang tidak lulus cemerlang dalam matematik, malahan yang gagal pun ramai.

sebenarnya minda separa sedar kita boleh diprogramkan dengan membuang atau mengurangkan perkataan-perkataan atau anggapan negatif dan gantikan dengan yang positif.

(P/S: hari ini aku jadi aktif, 3 post aku buat)

Tanda Pekerjaan Diberkati Allah

Posted by mautauka

  • Bila wang dibelanjakan ke jalan yang benar.

  • merasa seronok dengan pekerjaannya.

  • tugasannya sentiasa diselesaikan dengan baik dan tidak tergantung.

  • pekerjaannya disenangi oleh orang lain.

  • sentiasa merasa cukup walaupun hasil yang diperolehi sedikit.

satu istilah yang cukup biasa kita dengar atau kita ucap.

apabila ada "tetamu tak diundang", kita boleh memilih untuk menjemput dan meraikannya atau kita menolaknya dengan baik.

apa ingin saya ketengahkan adalah mengenai peluang dan inilah yang saya maksudkan sebagai tetamu tak diundang.


Peluang biasanya datang pada waktu kita tidak bersedia menerimanya.


manakala


Kejayaan datang setelah kita bersedia untuknya.


Pernahkah kita dengar atau lihat orang yang berusaha tanpa tujuan?


- Adakah seorang salik atau 'abid tidak pernah mengharapkan rahmat dan redha Allah?

- Adakah seorang pelajar tidak pernah mengharapkan kejayaan daripada usahanya yang bersungguh-sungguh?

- Adakah seorang pekerja tidak pernah mengharapkan sesuatu daripada pekerjaan yang dilakukannya?

- Adakah seseorang pencinta tidak pernah mengharap balasan kasih daripada kekasihnya?


semua soalan ini tidak perlu dijawab.


inilah lumrah kehidupan.


peluang tidak selalu datang.


tetapi apabila ia datang, tidak semua meraikannya dengan bersungguh-sungguh.

seperti "tetamu tak diundang".

(P/S: Aku pun selalu terlepas peluang)

Sunday, December 20, 2009

Hanya 1 Pilihan (Merepek Ke?)

Posted by mautauka

masa berlalu dan dunia semakin maju. tetapi peradaban manusia semakin mundur.

lihat

GURU
dahulu, seorang guru dipandang tinggi dan disanjung oleh masyarakat, kini guru bukan sahaja kurang dihormati, malah dihina dan dikeji. Adakah semua ini salah masyarakat 100%.

sebenarnya guru zaman dahulu memilih untuk menjadi yang terbaik dalam masyarakat baik dari segi ekonomi, sahsiah dan keagamaan, dan juga interaksi sosial.

sekarang, walaupun masih wujud guru sebegini, tetapi masyarakat lebih nampak salah laku yang dibuat segelintir guru yang kurang menggunakan akal, tetapi lebih menggunakan emosi sehingga ada yang sanggup mencabul anak murid, terlibat dalam penyalahgunaan dadah, dan tidak kurang juga yang kurang berilmu dan bersikap sambil lewa dalam mendidik.

akhirnya penghormatan yang diberikan diganti dengan penghinaan.

siapa yang patut menentukan semua ini?

masyarakat atau individu itu sendiri?

hanya ada 1 pilihan

A. menjadi lebih baik
B. menjadi lebih buruk

* jawapan "di tengah-tengah" tidak diizinkan. haraaaaaaam

atau mungkin kita lebih cenderung menyalahkan masyarakat kerana "tidak bijak dalam pertimbangan", "tidak dapat menilai intan dan kaca", "yang buat salah hanya segelintir, kenapa semua perlu menanggung akibatnya", "lebih banyak lagi orang lain yang buat salah, tetapi kenapa kami yang orang nampak".

itulah fitnah akhir zaman

IMAM
dahulu seorang imam merupakan individu penting dalam masyarakat dan sepatutnya dihormati dan menjadi pemimpin masyarakat. Kini imam hanya sekadar menjadi imam solat di masjid, khatib yang membaca khutbah setiap jumaat atau hari raya, dan orang yang membacakan doa di majlis kenduri kesyukuran atau tahlil.

kenapa begini?

macam mana imam nak menjadi pemimpin kalau setakat membaca khutbah. sepatutnya memberi khutbah bukan setakat membaca khutbah. wajarkah sewaktu masyarakat menghadapi masalah keruntuhan akhlak, imam membaca khutbah "belilah barangan malaysia".

tak ke pelik.

mungkin masalah keruntuhan akhlak boleh diselesaikan dengan membeli barangan malaysia.

mungkin sebab nak jaga periuk nasi.

atau mungkin orang yang sepatutnya dan layak menjadi imam tidak dilantik hanya kerana beliau "TIDAK BODOH".

hanya 1 pilihan
A. BODOH (dapat jadi imam dan dapat elaun)
B. TIDAK BODOH (buat le kerja sendiri walaupun awak tu berilmu dan beriman)

(P/S: Mendaftarlah dengan kelab ALAM SUKMA kelolaan FAKIR AL-BANJARI)


Saturday, December 19, 2009

Konsep Diri & kejayaan

Posted by mautauka

"Konsep Diri" merupakan satu istilah yang diguna untuk memperihalkan "anggapan pada diri" atau "penilaian terhadap diri sendiri".

biasanya seseorang akan cenderung memelihara konsep dirinya daripada perubahan dan akan memperkukuhkannya tidak kira sama ada konsep dirinya positif atau negatif.

contohnya seorang yang percaya dirinya pintar matematik semasa zaman kanak-kanak akan cuba mengekalkan konsep diri tersebut sepanjang hidup.

jadi sebagai ibu bapa, atau guru kita harus memupuk konsep diri yang positif kepada anak-anak atau murid kita dan sentiasa memberi maklum balas positif berkenaan bakat dan kebolehan mereka.

perkara tersebut telah diajar oleh Rasulullah di mana baginda melarang seseorang memanggil individu lain dengan menggunakan panggilan yang berunsur negatif.

cuba kita lihat seseorang yang digelar aneh akan cenderung mengekalkan konsep diri aneh kerana percaya dirinya aneh dan cuba memperkukuhkan kepercayaan tersebut dengan membuat perkara-perkara aneh.

orang yang ada konsep diri pemberontak akan cuba mengekalkannya dan akan meletakkan dirinya sebagai pemberontak secara berterusan.

orang yang mempunyai konsep diri pandai berniaga akan mengekalkan konsep diri tersebut sepanjang hayat dan mendorong dirinya menjadi peniaga atau usahawan.

jadi, kalau kita inginkan kejayaan, kita mesti ada konsep diri yang positif dan elakkan dari menafsirkan diri kita secara negatif.

(P/S: jangan anggap diri maksum(terpelihara dari dosa) sudahlah)

sumber rujukan: PSIKOLOGI ORANG BERJAYA (Ainon Mohd)

Friday, December 18, 2009

Minda & Pergaulan

Posted by mautauka

sebenarnya minda kita berkait rapat dengan pergaulan kita. contohnya sekiranya kita bergaul dengan orang-orang yang berjaya, minda kita juga akan turut terpengaruh menjadi minda kaya dan sebaliknya jika pergaulan kita hanya terbatas dengan golongan yang tidak berjaya dan negatif, maka minda kita turut menjadi minda miskin dan negatif juga.

Jadi, sekiranya kita ingin berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain kerana mereka mempunyai minda kaya.

minda kaya di sini bukan bermaksud minda orang kaya, tetapi minda yang positif dan mengarah kepada tindakan yang membawa kejayaan.

secara tidak langsung minda kita juga akan turut menjadi minda kaya dan positif kerana sering berdampingan dengan orang-orang yang mempunyai minda kaya dan positif.

Sebab itulah orang-orang yang berjaya sering mendampingi golongan yang berjaya yang lain kerana ingin minda orang yang berjaya menjangkiti minda masing-masing.

Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka kita juga akan berfikiran seperti mereka dan akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi.

saranan saya dekatilah orang-orang berjaya dan kalau boleh libatkan rakan-rakan yang tidak berjaya ke dalam golongan orang-orang yang berjaya.

mana tahu, rakan-rakan yang mempunyai minda miskin akan terjangkit dan menjadi minda kaya!

Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan.

Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru dan kreatif terhadap peluang.

Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga setiap halangan tidak dilihat sebagai sesuatu yang besar kerana apa yang mereka fokus adalah peluang sedangkan Minda miskin pula fokus kepada halangan.

seringkali kita dengar orang yang berminda miskin menyebut "tak ada modal lah", "susahlah", "kalau gagal macam mana?", dan bermacam-macam lagi alasan.

tetapi orang yang berminda kaya akan menyebut mungkin kita boleh mula secara kecil-kecilan, "kita cuba buat dulu sambil belajar dan biarkan Allah yang menentukan keputusannya", "kalau berjaya apa yang aku nak sumbangkan pada masyarakat?" , dan macam-macam jawapan yang positif.

"Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih"


"Tiada sebab, tiada alasan, yang pasti peluang dimanfaatkan dengan sebaik mungkin"

fikirkan. dimanakah kedudukan minda kita?

Adakah kita mempunyai minda kaya atau kita mempunyai minda miskin?

(PS: lebih baik dekatkan diri dengan Allah sebab dia yang Maha Kaya, bukan setakat kaya balasanNya tapi redha dan rahmat)

Tuesday, December 15, 2009

motivasi yang paling penting

Posted by mautauka

motivasi merupakan satu elemen penting bagi manusia.

contohnya seorang guru perlu sentiasa bermotivasi dalam meneruskan kerja sebagai pendidik.

Seorang ibu yang bermotivasi akan terus bersemangat mendidik dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

persoalannya apakah yang selayaknya menjadi sumber motivasi buat seseorang?

ada orang kata pangkat, ganjaran, atau kedudukan merupakan motivasi bagi dirinya.


cuba lihat kisah ini.

pernah pada suatu masa di jepun. terjadi satu kejadian yang luar biasa.

seorang ibu yang mempunyai seorang anak kecil meninggalkan anaknya yang masih nyenyak tidur untuk ke kedai. sekembalinya dari kedai, didapati orang ramai berkumpul di bawah sambil melihat seorang budak sedang berdiri di beranda rumah di tingkat 7.

Terkejut si ibu apabila mendapati bahawa budak tersebut adalah anaknya. si ibu pun menjerit dan memberikan isyarat supaya anaknya jangan bergerak.

si anak yang terlihat ibunya menganggap ibu memanggilnya terus memanjat dan terjun untuk mendapati ibunya.

si ibu yang memakai kimono terus berlari dengan sekuat hati untuk menyambut anaknya.

alhamdulillah, si anak berjaya diselamatkan.

kejadian tersebut mendapat perhatian dan satu kajian telah dibuat di mana seorang pelari pecut dikehendaki menyambut satu patung yang sama berat dengan budak tersebut yang dilepaskan dari tingkat 7.

tetapi hasilnya walaupun atlit tersebut tidak memakai kimono, tetap tidak dapat menyambut patung tersebut.

sungguh luar biasa.

apakah yang menjadi sumber motivasi bagi si ibu?

adakah sumber motivasi yang sama boleh digunakan oleh kita juga? fikirkanlah.

Thursday, December 10, 2009

ebook dari ZERO menjadi BLOGGER bakal terbit

Posted by mautauka


diantara kandungan ebook tersebut:

1. pengenalan blog
2. cara membina blog
3. cara menukarkan template asas kepada template yang menarik
4. cara memasukkan cbox dan widget
5. cara memasukkan link blog lain
6. cara memasukkan gambar yang tidak mengganggu kelancaran blog
7. cara memendekkan nama blog

Friday, December 4, 2009

ebook percuma telah terbit

Posted by mautauka

Perhatian!!!!
Proses upload ebook percuma yang dikemaskini telah berjaya. Sahabat-sahabat boleh download sekarang.

untuk pengetahuan sahabat-sahabat ebook percuma ini berkenaan kerjaya & perniagaan yang sesuai berdasarkan personaliti seseorang.

ebook percuma ini dihasilkan berdasarkan pengajian saya dan rujukan kitab-kitab.

nama pun ebook percuma dah tentu 100% percuma. download sekarang dengan klik pada gambar.

Thursday, December 3, 2009

Pembongkaran rahsia Kerjaya/Perniagaan

Posted by mautauka

sekarang tibalah masanya didedahkan serba sedikit panduan kerjaya/perniagaan sebagai satu perkongsian ilmu.

1. dapatkan nombor asas tarikh lahir anda
2. rujuk panduan di bawah

Panduan Kerjaya atau Perniagaan Paling Sesuai Mengikut Nombor Asas


1 atau 6
Perabot, Kertas, Pendidikan, Perpustakaan, Pertukangan, Pakaian,
Kebudayaan Manusia, Buku, Studio Rekaan, Fabrik, Penanaman,
Perladangan, Hortikultur, Perkebunan, Perhutanan, Kilang Papan,
Perubatan Cina, Hospital, Perubatan, Keagamaan, Pelukis, Doktor,
Ahli Farmasi, Guru, Penerbit, Profesor, Pegawai Perhubungan atau
Pentadbir Pejabat


2 atau 7
Makanan, Restoran, Berita, Majalah, Telekomunisi, Penerbangan,
Kargo, Minyak & Gas, Loji Penjana Tenaga, Kabel Janakuasa,
Bahan Api, Kosmetik, Penjenamaan, Perhubungan Awam, Pengiklanan,
Tenaga Kerja, Makanan segera, Kantin, Fesyen, Pencahayaan, Gedung
Serbaneka, Perhiasan Pakaian, Senjata, Minuman Panas, Pereka,
Penulis, Karyawan Filem, Jururawat, Fund Raiser, Penyambut Tetamu
atau Ahli Psikologi


3 atau 8
Firma Perundangan, Bank, Institusi Kewangan, Pajak Gadai,
Pejabat Kerajaan, Pemburu, Lawan Pedang, Peralatan Sukan,
Pengedaran Automotif, Kedai Perkakas Elektrik, Tenaga Kerja
Industri Kewangan, Syarikat berkaitan dengan Bursa Saham,
Penguatkuasa Polis, Tentera, Kerjaya berkaitan dengan
Perundangan, Pusat Sains dan Penyelidikan, Alatan Jentera,
Pengangkutan, Kejuruteraan, Perlombongan, Barangan Logam,
Perniagaan Barang Kemas atau Syarikat Pengawal Keselamatan.


4 atau 9
Hartanah, Pusat Kewangan, Pembuatan Pasu, Kedai Antik,
Perundingan, Perakaunan, Batu Permata, Marmar, Kontraktor, Perlombongan,
Kebajikan, Pembinaan, Broker Saham dan Sekuriti, Arkitek, Pekebun
atau Peladang


5
Perniagaan berasaskan Perkhidmatan, Minuman, Tenaga Buruh,
Agensi Pembantu Rumah, Makanan Laut, Perkapalan, Loji, Janakuasa
Air, Kafe, Pakaian Renang, Agensi Pelancongan, Agensi Insurans,
Pengurup Wang, Perdagangan, Pertunjukan Kebudayaan, Pekerja
Bebas, Jurujual, Peniaga Gerai, Penapis Air, Internet, Ahli Silap
Mata, Stesen TV, Penyampai Berita, Wartawan, Posmen, Pemandu,
Nelayan, Ahli Matematik, Ahli Falsafah, Diplomat


Pekerjaan paling sesuai dibuat berdasarkan konsep elemen kawalan/kitaran kawalan.

semoga apa yang dikongsi dapat membantu anda.

sebenarnya terdapat kaedah lain yang mampu mempengaruhi perubahan terhadap pekerjaan tidak sesuai menjadi sesuai dan mampu menghasilkan kejayaan. InsyaAllah akan saya dedahkan nanti. Sekiranya anda berhajat untuk mengetahui dengan lebih awal, segalanya dapat anda temui dalam ebook Panduan Praktikal Pengiraan Tarikh Lahir yang diberikan sebagai bonus bagi pembelian RTL2U Generator.